Sunday, June 10, 2012

OLEMIRA: Jersi 8.

Assalamualaikum.


Cuti ni aku dok kampung dari hari jumaat minggu pertama cuti sampai sabtu yang lusanya sekolah. So aku tak tengok Hoki Piala Azlan Shah Malaysia lawan Argentina & Korea Selatan. Pastu tak tengok bola Malaysia lawan Filipina & Singapore sobs.

Tak tengok bola mana nak semangat beb. Nak kasi semangat sikit tulis OLEMIRA ni aku pasang lagu Faizal Tahir - Go! Malaysia Go! Haa baru semangat sikit. Joyah/Jyeah!


Nak cite pasal pemain bola Malaysia yang pakai jersi no 8 ni. 

Zaquan Adha

- Google Images.

Yo Zaquan Adha. Punca aku tengok bola. Hensemnya mak aii. Kengkadang aku rasa Aidil hensem kengkadang Zaquan. Tapi aku lagi suka tengok muka Zaquan. Pastu aku suka sebab dia striker. Ntah aku rasa striker hebat. Kat sekolah waktu PJ masa main bola jaring ke bola sepak ke bola sepak guna tangan ke aku nak posisi striker. Aku slalu score per.

Safiq Rahim

- Google Images.

Aku tak tau sangat pasal dia ni. Tak rajin google pasal dia. Yang aku tau dia kapten masa piala AFF Suzuki 2010. Pemain Selangor. Pemain midfielder. Pakar sepakan percuma. 

Wan Zaharulnizam

- Google Images.


Haa Wan Zaharulnizam ni lah yang aku obses dulu. Comel tak comel weh? Guna nombor jersi aku gi search kat google cari sape lah dia ni. Kawan aku sebelum tengok muka dia kata mesti tak hensem punya. Sekali aku bagi link gambar terus mengaku boyfriend kata nak masuk meminang tau hahaha.

Masa nak pilih nombor tuk baju kelas haritu aku tak tau nak pilih no 8 ke no 16. No 8 kan macam hebat. No Zaquan Adha, Safiq Rahim tu. Bolehlah matching ngan Wan Zaharulnizam an kehkehkeh. Tapi pilih no 16 jugak akhirnya sebab nak jadi diri sendiri...

No comments :

Post a Comment