Monday, June 18, 2012

Hei Aku Sudah Naik Pangkat Lah :)

Assalamualaikum.

Dah baca entry ni? ---> Kerjaya Sebagai AJK Koperasi. A'ahh Kerjaya. Baca dulu tau sebagai mukadimah hehe.

Dah baca blum? Blum an sebab malas an walaupun aku dah letak link -___- Tapi takpe mood aku baik ni yela baru lepas naik pangkat daripada AJK ke ALK Koperasi! Eksaited tak aku letak tanda seru? Kehkeh. Padahal sama je pon tugas.

Hari ni ada Perasmian Minggu Koperasi ngan Mesyuarat Agung Koperasi. Tugas aku taip nama untuk sijil. Ni aku buat masa hari Jumaat lepas. Eh nak cite. Aku, Nad, Nabilah baru je jadi ALK. Tapi aku terlupa pastu tertaip AJK. Dah habis print baru Nabilah perasan dan kitaorang macam 'Weh canne ni? Canne ni?' Kebetulan cikgu keluar dari opis koperasi pastu aku terus lipat sijil tu bagi Nad suruh dia simpan dalam baju. Hahaha teruk seh cara coverline.

Anyway, tadi kena naik pentas untuk pelantikan ALK baru ngan amik sijil. Aku cool je sebab sebelum tu dah dua tiga kali naik pentas tuk bagi pamphlet aturcara majlis walopon pegang bakul je. 

 Tadaa. Nama aku dalam sijil kali ni betul sebab aku yang taip wakakaka. Lepas dapat sijil ramai AJK serang aku. Wei aku taip ikot nama yang cikgu bagi la. Tak boleh la nak salahkan aku... Yang penting nama aku betul. Mak aih selfishnya haha.

Sijil(s) dari Form1 sampai Form4. Ni nametag baru. AJK ke ALK ke sama je tulis AJK Koperasi. Ok lah kan. Daripada pengawas pusat sumber tulis 'Ketua Hari Rabu' hahahaha.

Lepas majlis, ponteng kelas Math lepak kat koop tanpa niat. Cikgu belanja roti ngan air setiap sorang. Pastu isi stok peti ais saje je merajinkan diri sebab kalau cikgu nampak lepak tak buat mende nanti kena masuk kelas. Seganlah aku nanti kena nganjeng dalam klas sebab pengetua panggil aku Syuhaila masa pelantikan ALK tadi wuwuwuwu.

No comments :

Post a Comment