Wednesday, June 13, 2012

Bercerita Tentang Nama.

Assalamualaikum.

Kan selalu kan mak ayah suka letak nama anak-anak dorang ikut huruf pertama nama dorang. Mak aku mula huruf L (Liza) ayah aku plak Z (Zaharin). And I'm wondering why my name is not Lisa Zurihani ekekeke :D

Kengkadang aku jeles ngan nama orang yang sedap-sedap. Nama yang ada dua patah perkataan lah. Bila sebut macam matching je dengar. Aku tak tau lah nama aku sedap ke tak. Tapi aku ada banyak panggilan nama.

Syahirah
Normal lah bai nama pertama ni jadi nama formal. Kat skolah jarang jumpa pelajar dipanggil selain nama pertama dorang. Even kalau nama depan dia Siti pun cikgu panggil Siti je. Panggilan Syahirah ni cikgu-cikgu je kot yang panggil. Tapi kengkadang terperasan lebih, kengkadang buat donno je bila cikgu panggil sebab ada lagi sorang nama Syahirah. Lusa tidak lagi sebab dia nak pindah dah.

Amirah
Kau tau tak sape yang panggil aku Amirah? Takde sape...

Adek

Aku kan ada kembar. So kengkawan sume panggil adek ngan kakak je. Cikgu Bio pun panggil aku Adek je hahaha. Dari sekolah rendah lagi dorang panggil aku Adek. Budak koop yang lagi muda pun panggil aku Adek.

Kakdik
Aku rasa nama ni special. Jiran lama yang bagi. Dia tak tau nak panggil aku apa lepas tu melekatlah nama Kakdik ni. Sekarang ni yang panggil aku Kakdik keluarga aku kat kampung je. Bila sepupu-sepupu kecik yang belum bersekolah panggil aku Kakdik, rasa cam comel je nama aku hahaha. Eh ayah aku pun panggil aku Kakdik. Tapi mak aku panggil aku adik.

Emira Zaharin
Haa ni lah nama feveret aku kehkeh. Nama ni aku guna masa dalam blog je. Kat skolah aku tak de pun suruh orang panggil aku Emira. Kat Facebook walaupun orang mintak 'intro please' aku tak suruh pun dorang panggil Emira. Tapi kengkawan kat sekolah suka menganjeng benci tau. Nampak sangat baca blog aku wakakaka.

Ok lah result pekse dah dapat. Aku bagitau mak aku masa tengok bola semalam. Jadi bila kena marah aku ilek je sebab fokus hanya diberikan untuk bola dan kehenseman pemain bola. Cubalah tips ni haha.

No comments :

Post a Comment