Saturday, May 19, 2012

OLEMIRA: Penjaga Gol Malaysia.

Assalamualaikum.

Bila sebut penjaga gol, spontan orang yang aku terpikir Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias ngan Sharbinee Allawee. Oh aku kan tengok bola Malaysia lawan ngan antarabangsa je weh. Liga Malaysia kadang-kadang liga omputih tak pernah kehkeh.

Ok. Dalam dilema nak tulis pasal Khairul Fahmi ke Farizal Marlias dulu. Tapi tulis pasal Khairul Fahmi dulu ah sebab Khairul Fahmi lagi femes hahaha.

Khairul Fahmi


Sebagai seorang yang profesional (sikit lah), benda-benda peribadi malas ah nak tulis sekali. Walaupun bila habis satu-satu perlawanan tengok 'ehh dia ni hensem ahh' terus bukak google cari maklumat tapi tulis apa yang aku nampak masa kat atas padang je lah. Eh.

- Google Images.

Aku mula-mula suka tengok bola masa Piala Suzuki AFF tahun 2010. Masa final lah. Sebab lawan Indonesia kan. Turun padang tau tengok bola wakaka padahal tengok kat rumah je. Masa ni lah nama Khairul Fahmi terus meniti di bibir-bibir rakyat Malaysia terutama pompuan sebab kehenseman dan kecekapannya. Masa ni jugaklah aku baru tahu akan kewujudan dia haha sedih. Masa dia tepis gol penalti pemain Indonesia kat final Sukan SEA tahun lepas macam ohsem gila. 

Farizal Marlias


- Google Images.

Farizal Marlias plak first time tengok masa Malaysia lawan Chelsea. Terel jugak dia jaga gawang gol tak kena bolos. Seriously tak suka tengok penjaga gol yang bila bola nak masuk gawang gol dok diam je. Nak sambut pun tak nak. Farizal Marlias ni ok lah sebab dia selalu jatuhkan badan. Wei tak sakit ke.

Sharbinee Allawee

- Google Images.

Sharbinee Allawee pun main masa Piala Suzuki AFF tahun 2010 kan? Maklumlah tengok masa final je haha. Eh main main sebab aku ingat dia kena laser kan cis kuajo betul. Laser cemane pun, Malaysia menang jugak ah weh.

Ramai lagi penjaga gol kat Malaysia ni. Tapi sebagai seorang yang noob, pemain yang femes dan bermain untuk Malaysia jelah yang mampu aku ulas sikit-sikit. 

No comments :

Post a Comment