Tuesday, May 29, 2012

Makan Pizza Tetapi Cuma Delivery.

Assalamualaikum.

Siapa tak nak housemate yang satu kepala ngan kita? Ha ha ayat permulaan yang tak bleh blah. So masa minggu last peperiksaan harituh, aku, Raja, Ida ngan kakak/kembar aku plan nak makan pizza. Kitaorang bincang-bincang kat sekolah sebelum start paper fizik ke bio ke kimia ntah. Orang depan aku mesti tension je hahaha. 

Lepas bincang-bincang, set nak makan kat umah Ida. Dia yang offer jadi takdelah rasa serba salah sangat sebab dia terpaksa angkat TV masuk dalam bilik dia dan keluarga dia terpaksa tengok TV guna yang kecik punya hehehe. 

Personally aku rasa Domino's Pizza lagi sedap kalau guna delivery berbanding ngan Pizza Hut. Kalau makan kat restoran dia lain cite. Domino lagi murah ngan banyak offer.

Beli yang besar percuma yang sederhana. Jimat RM23 bla bla bla yang aku salin balik ayat voucher ni dah kenapa.

Ni bagi si Ida cakap lancar sikit. Dia ni pemalu sangat kau tau. Sekali dia cakap dengan orang domino ni, perghh macam bukan budak yang aku kenal weh sebelum ni kehkehkeh. Siap dengan tongkat dagu gaya profesor lagi. Aku pulak yang down sebab aku lagi pemalu haha!

Tambah Extreme Edge ni RM7. Bagi aku, tak sedap pun.

Air A&W ngan aiskrim Mat Kool. Aku punya cawan ah tu yang aiskrim dia sampai dua scoop tu.

Sup Campbell's perisa chicken mushroom. Dah tak tau nak pilih ayam ke cendawan ambik je yang ada dua-dua. Nasib baik tak beli dua tin sebab makan separuh je pun. Keropok Chachos paket besar perisa BBQ.

Orang Domino pun sampai pastu. Dapat dengar suara dia dari bawah rumah sembang ngan kawan dia. Muka gengster nama BJ suara sopan.

Large Pizza - Aloha Chicken with Extreme Edge.

 Regular Pizza - Extravaganzza. Aku baru tau yang hitam-hitam tu buah zaitun selama ni aku ingatkan cendawan hahaha. Siap bagitau kawan aku yang hitam tu cendawan isk malunyaaa.

Breadstix. Haha macam kuih apam je aku tengok. Benda ni sebenarnya ada tulis kat kertas masa nak call orang tu tapi kertas yang kat atas tu aku tulis balik sebab nak amik gambar. Dah plan siap-siap dah nak update kat blog :)


Lagi satu, aku suka Chilli Flakes dia. Pedas an. Sebenarnya tadi aku TERtuang banyak plak cili ni kat atas piza aku. Nak tak nak kena makan sebab dah terbajet tak de lah pedas mana ngan diaorang tadi. Walaupun tersedak tapi ditahan-tahan agar tak dengar ayat 'padan muka' dan 'kan aku dah cakap'.

Makan sambil tengok cerita hantu. 


Paranormal 3 boleh tahan lagi sebab banyak saspens. Yang masa Beranak Dalam Kubur aku boleh bantai tidur sebab ngantuk gila. Bukan tahap seram dah tapi dah sampai tahap menyampah dah nak tengok. Part seram masa trailer je weh tu pun trailer cite lain wakakaka.

Ok nak panaskan lagi satu slice piza. Ada lebih tadi. Moga-moga extreme edgenya menjadi seperti dalam gambar la ye. Assalamualaikum.

No comments :

Post a Comment