Thursday, May 24, 2012

Kerjaya Sebagai AJK Koperasi. A'ahh Kerjaya.

Assalamualaikum.

Masa sekolah rendah dulu aku pengawas perpustakaan. Semua pengawas perpustakaan kena kerja masa waktu rehat. Kemas buku kat rak tiap-tiap hari weh sumpah bosan. Kena uruskan budak-budak yang nak pinjam buku. Kadang-kadang kena datang hari Sabtu kemas perpustakaan padahal dah bersih dah pun. Aku kadang-kadang je bertugas dah malas nak buat cemane. 

Sekolah agama plak aku pengawas. Pakai baju hijau silau silau hahaha. Bila ustazah/ustaz ada hal, pengawas kena jaga kelas. Kena berdiri masa perhimpunan buat tawaf berulang kali kat barisan yang sama cakap 'jangan main batu', 'jangan main batu'. Bila ustazah suruh pengawas duduk aku pun sama main batu.

Sebab aku dah bosan ada jawatan masa kat sekolah rendah ngan sekolah agama, kat sekolah menengah aku target tak nak jadi pape. Pengawas tak best nanti dipandang kerek oleh kawan-kawan wakaka. Pengawas pusat sumber tak nak ahh macam takde kerja je nak buat dahlah pakai baju kuning hahaha.

Last-last aku dapat call (macam gempak je tapi tak pun sebab kawan aku yang call) ajak aku jadi AJK Koperasi. Terus terbayang layan orang yang beratur nak beli makanan ngan air masa waktu rehat. Aku terima je sebab tak pernah ada pengalaman kan, dapat call plak tuh haha ok ini poyo.

Dari Form1 masa tahun 2009 sampai lah sekarang aku jadi budak koop. Apa yang dulu aku bayangkan cuma layan orang yang beratur beli kat koperasi salah sama sekali der. Kena pandai urus masa, kena pandai cepatkan perkhidmatan pelanggan, kena pandai kawal kesabaran dan kena pandai tahan dimaki!

Rehat 20 minit dan masa tu kena layan pelanggan yang nak beli kat koop. Kitaorang budak koop ada masa 10 minit nak makan, nak kira duit, nak isi stok. Kalau tak sempat makan, tak sempat ah. Apa lagi makan lah dalam kelas hahaha. 

Pelajar sekolah ni ada yang kuajo, ada yang suara perlahan nak mamp, ada yang kaya sangat beli biskut je pun tapi bayar 50 hengget, ada yang tak reti bahasa, macam-macam ada weh. 

Dalam koperasi jugak ah kerjasama tu penting gila. 'Weh mana gunting nak bukak kotak ni', ada orang carikan. 'Weh ada lagi duit tak dalam kaunter', ada orang amikkan. 'Weh aku nak penuhkan peti ais ni', ada orang gi stor amik air. Oh memang ni pun maksudnya kerjasama bukannya pemalas.

Walaupun kerja tak dapat duit, elaun kengkadang je dapat, tapi koperasi buat aku jadi kerja ikhlas, banyak sabar, buat kerja sama-sama, buat kerja dengan pantas, rajin isi stok, kena ngorat kahkahkah yang last ni tipu.

No comments :

Post a Comment