Saturday, May 12, 2012

Hoki Projek 2013.

Assalamualaikum.

Aku ni nak kata atlet, tak ahh sebab satu jenis sukan pun aku tak masuk. Bola baling ke hoki ke bola tampar ke semua aku tak pernah main. Kelab permainan/sukan kat sekolah pun aku masuk permainan tradisional je ekekeke. Orang ajak masuk lawan bola jaring untuk wakil rumah sukan pun aku malas nak datang.

Masa sekolah rendah tu aktif lah jugak. Lumba lari, lompat jauh, lompat tinggi, lari baton, bola jaring aku join je. Bila masuk sekolah menengah perghh diva habis. Merentas desa pun aku tak gi dah. Hahaha. Sukantara rumah sukan aku pergi lah jugak lari 100M, lepas masa yang diberi dapat 3 markah heheh.

Walaupun aku macam ni (pemalas), tapi aku suka 'tengok' sukan. Bola sepak, hoki, badminton aku layan dengan syarat Malaysia lah yang main. Disebabkan takde perlawanan bola Malaysia lawan ngan antarabangsa yang terkini, aku layan hoki, Projek 2013.

First time tengok masa final Piala Sultan Johor tahun lepas. Perlawanan sama tarikh ngan AIM. Tapi masa tu aku tengok sekejap sekejap lah. Mula-mula tengok AIM, pastu tukar hoki, pastu AIM balik, pastu hoki AIM hoki AIM. Maka, keluarga aku pun ushar sleng ngan aku wakakakaka.

Beberapa hari ni kan ada hoki Piala Remaja 2012. Dok gebang ngan kawan-kawan cakap pasal hoki tapi sorang pun tak layan. Semua macam tak kenal. Nasib baik ada Google Images. Apa kena mengena ngan Google Images pun aku tak tau lah. Cuma nak bagitau gambar aku amik kat Google Images.


Dari kiri: Comel sikit, hensem, boleh tahan, bolehlah, bolehlah, hensem jugak.

K. Besok final hoki Piala Remaja 2012. Walaupun Mid-Year Exam tapi, err tapi hahaha. Assalamualaikum.

No comments :

Post a Comment