Wednesday, April 25, 2012

Pesta Buku Antarabangsa KL Kembali Lagi.

Assalamualaikum.

Masa hari Selasa 24/4 Ain Maisarah datang sekolah. Bagi ceramah. Kebanyakan budak sekolah aku macam tak hambek kesah. Ain Maisarah weh. Novelis remaja no.1 kat Malaysia. Siapa tak minat tuh mungkin ada dua sebab. Satu, sebab tak minat baca novel. Dua, sebab tak minat novel remaja.

Pastu ada jualan buku PTS kat skolah. Patutnya dari hari Isnin sampai hari Rabu. Tadi aku nak beli dah tutup dah. Takde sambutan kot. Lek lek. PWTC ada. Jumaat ni I'm coming. Tak nak dah pergi hari cuti. Balik tak beli pape pun sebab sesak sangat.

Aku suka baca novel yang bersambung-sambung. Macam 'Impiana'. 'Impiana' je lah novel bersiri yang aku pernah baca. Best baca buku bersambung-sambung nih. So terpikir baik beli novel yang ada kesinambungan dan dapat tahu perkembangan pasal watak dalam novel tuh.

 Aku ada novel 'Kelab Gadis Ayu'. Dah lama dah nak beli yang 'Kelab Jejaka Tampan' punya tapi tak jumpa-jumpa. Takpe takpe aku cari jugak nanti.

  Cerita pasal Amni, si pereka besi. Cover macam diva tapi pasal pereka besi. Tak payah nak tertipu sangat lah. Apa guna sinopsis kat belakang hahaha.

Belek-belek (haha belek-belek k) laman web PTS, aku macam excited gila. Sebab banyak novel baru. And off course sebab cover buku semua lawa-lawa. Gambar cover buku-buku ni pun aku ambik kat PTS.

K semua jom ramai-ramai gi PWTC ada pesta buku terbesar kat Malaysia n Asia Tenggara. Pergi cepat-cepat. Eh tunggu jap satu hari sebab pesta buku start hari Jumaat. Eh lek ahhh 10 hari bai pesta buku nih berlangsung. 

Jadilah remaja yang cool membaca novel. Novel cinta-cinta terkecuali der sebab mana cool baca novel nangis-nangis wakaka.

No comments :

Post a Comment