Monday, April 30, 2012

OLEMIRA.

Assalamualaikum.

Kalau siapa pernah baca blog aku yang dulu, tahulah yang aku minat tengok bola. Aku suka syok sendiri baca entry-entry aku pasal bola pastuh tersengih sengsorang. Aku export blog lama. Bila bosan, aku baca balik entry-entry yang aku pernah tulis pasal bola. Macam cool gila je ss baca entry sendiri haha well itu perkara biasa.

Baca entry-entry kat blog lama and terperasan 'OLEMIRA'. Oh hahaha aku jadi pengulas pasal pemain-pemain Harimau Malaya bai. Wan Zaharulnizam, Baddrol Bakhtiar ngan Nazmi Faiz Mansor je yang aku baru tulis. Lepas tengok bola Malaysia lawan Sri Lanka rasa macam semangat nak tulis pasal bola.

Kalau yang tak tahu OLEMIRA tu mende (hekleh cakap macam famous sangat), OLEMIRA ni macam aku tulis pasal pemain-pemain bola kat Malaysia nih ikut pandangan aku. Haruslah 'pandangan' sebab pemain bola Malaysia hensem hensem belaka wakaka.

InsyaAllah, akan ditulis secepat mungkin sebab aku yang excited lebih.

Saturday, April 28, 2012

Beli Novel di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Assalamualaikum.

Aku kan jenis yang mudah excited dan seorang yang kurang penyabar, jadi hari pertama pesta buku antarabangsa KL aku dah gi dah. First day, so tak ramai sangat orang. 

Mula-mula gi kat Karangkraf. Pastu gi kat bahagian buku-buku rujukan ngan latihan. Aku dah tak sesabar nak gi kat bahagian PTS. Tahan tahan je diri nih menahan siksa azab cintamu aduh aduh mana tahan batinku... lagu ni best...

K pastu gi PTS. Akulah yang paling teruk sekali tahap exsitednya weh. Berapa kali ntah pusing. Dalam kepala dah set nak beli 3 novel. Cari-cari dapat 'Kelab Jejaka Tampan'. Pusing-pusing jumpa 'Jutawan Gedik'. Aku nak 'Cik Propagandis' tapi takde. 

So beli dua novel ni;

 -PTS

And tambah lagi satu.

-Google Images.


Ok tu je. Nak bagitau novel apa yang aku beli. Assalamualaikum.

Wednesday, April 25, 2012

Pesta Buku Antarabangsa KL Kembali Lagi.

Assalamualaikum.

Masa hari Selasa 24/4 Ain Maisarah datang sekolah. Bagi ceramah. Kebanyakan budak sekolah aku macam tak hambek kesah. Ain Maisarah weh. Novelis remaja no.1 kat Malaysia. Siapa tak minat tuh mungkin ada dua sebab. Satu, sebab tak minat baca novel. Dua, sebab tak minat novel remaja.

Pastu ada jualan buku PTS kat skolah. Patutnya dari hari Isnin sampai hari Rabu. Tadi aku nak beli dah tutup dah. Takde sambutan kot. Lek lek. PWTC ada. Jumaat ni I'm coming. Tak nak dah pergi hari cuti. Balik tak beli pape pun sebab sesak sangat.

Aku suka baca novel yang bersambung-sambung. Macam 'Impiana'. 'Impiana' je lah novel bersiri yang aku pernah baca. Best baca buku bersambung-sambung nih. So terpikir baik beli novel yang ada kesinambungan dan dapat tahu perkembangan pasal watak dalam novel tuh.

 Aku ada novel 'Kelab Gadis Ayu'. Dah lama dah nak beli yang 'Kelab Jejaka Tampan' punya tapi tak jumpa-jumpa. Takpe takpe aku cari jugak nanti.

  Cerita pasal Amni, si pereka besi. Cover macam diva tapi pasal pereka besi. Tak payah nak tertipu sangat lah. Apa guna sinopsis kat belakang hahaha.

Belek-belek (haha belek-belek k) laman web PTS, aku macam excited gila. Sebab banyak novel baru. And off course sebab cover buku semua lawa-lawa. Gambar cover buku-buku ni pun aku ambik kat PTS.

K semua jom ramai-ramai gi PWTC ada pesta buku terbesar kat Malaysia n Asia Tenggara. Pergi cepat-cepat. Eh tunggu jap satu hari sebab pesta buku start hari Jumaat. Eh lek ahhh 10 hari bai pesta buku nih berlangsung. 

Jadilah remaja yang cool membaca novel. Novel cinta-cinta terkecuali der sebab mana cool baca novel nangis-nangis wakaka.