Tuesday, March 13, 2012

Novel.

Assalamualaikum.

Sebagai seorang gadis remaja yang nerd tapi cool suam-suam kuku sebab aku hot-tempered, jadi cuti penggal ni haruslah diisi dengan membaca novel :)

Minggu lepas aku gi beli novel kat Jalan TAR. Alang-alang beli buku latihan, beli sekali novel kat situ sebab Gramedia kat The Mines dah tutup sobb sobb. 

First time woi beli novel cinta. Selama ni aku beli buku remaja yang comel-comel je kan. Terbitan PTS. Lagi satu sebab cover dia lawa. Adakah anda tahu bahawa novel-novel yang aku beli adalah kerana ilustrasi muka depannya cantik-cantik?

Novel pertama. Aku ada masalah sikit ngan novel ni. Asyik cakap bahasa Brunei jeh (Brunei kot). Wei aku tak faham !!!


Novel kedua plak aku rasa dah lama keluar. Kat Jalan TAR harituh aku rasa nih je lah buku remaja PTS, tambahan plak cover dia macam kayangan gitu, so beli. 

Satu lagi sebab aku suka baca novel, dapat berangan. Novel-novel cinta kebanyakannya pasal kahwin kan. Kalau novel remaja yang comel-comel ada macam-macam situasi ngan watak. Budak sekolah ada, pelajar U ada, pekerja ada. So pilih kau nak berangan watak yang mana. Hehehe. PTS macam-macam ada. Gambar cover dua novel ni diambik kat Google Images & PTS.

Sebelum tidur, baca novel dulu. Pastuh sambung berangan kan kan...

No comments :

Post a Comment