Friday, June 22, 2012

OLEMIRA: Defender Kidal.

Assalamualaikum.

Hai. Anda kenal pemain defend Malaysia? Pemain defend yang kidal? Tau? Laa knapa tak gitau aku sebab aku tak tau la. Tapi aku nak jugak buat OLEMIRA pasal pemain bola Malaysia yang kidal. Ahh takde takde nak jugak. Dikala emosi menghantui diri, andaian diri sendiri suda memadai untuk meyakinkan diri sendiri kehkehkeh.

Aku tak tau lah sebenarnya Fadhli Shas ngan Asraruddin Putra Omar ni kidal ke tak. Memangla slalu nampak dorang sepak bola guna kaki kiri tapi gwa pun pernah score guna kaki kiri bai (muka bajet). Penat wei cari gambar kat google sebagai tanda bukti. Asra kidal an sebab aku ada jumpa gambar dia pegang pen guna tangan kiri. Fadhli kidal jugak kot sebab ada gambar dia pegang aiskrim guna tangan kiri. Hebat tak hebat bukti aku ni hahahaha. 

Fadhli Shas

- Google Images.

Fadhli Shas sepak bola gempak siot. Aku kat umah macam nak pecah je kaca tv sebab kencang gila hahaha over over. Aku tak tau sblum ni dia sepak power pastu aku macam 'ishh jangan ar guna kaki kiri'. Sekali dia sepak wei perghh rasa nak nangis sebab aku shoot haritu pun depan pintu gol je...

Asraruddin Putra Omar

- Google Images.


Kau tak tengok ke gol Asraruddin Putra Omar masa sukan SEA tahun lepas? Rugi la sebab dia tanduk sampai berdarah kot mulut dia (Fadhli Shas yang cakap).

Ok dua orang je la OLEMIRA ni. Tak tau la siapa lagi yang kidal -__- 

AFC Cup U22 2012 start sabtu ni. Good luck Harimau Muda all the best (ayat bosan dan sangat cliche) K. Harimau Muda kasi gempak shoot sampai koyak jaring gol pastu defend macam main galah panjang versi kaki hahaha bole tak ekekeke.

No comments :

Post a Comment