Thursday, November 17, 2016

Diploma Statistik: ANC 4.00

Assalamualaikum and hi.

Alhamdulillah! I've finished my diploma! Yeay yeay. Hehe dapat ANC Alhamdulillah memang tercapai target sejak zaman menangis masa MDS sebab rindu mak abah hahahahahahahaha tapi sekarang wa dah cekal beb. 

Ok entry ni aku tulis cara aku belajar. Highlight: cara aku ya. Cara masing masing belajar tak sama en. Aku mula mula tak tahu nak tulis ke tak entry ni. Tapi benda baik, tak salah share ye dak. Kalau nak terima untuk jadikan motivasi, boleh baca ;)

1) Fokus dalam kelas, hormat lecturers
- Aku takdelah fokus 100% setiap masa. Tapi aku cuba untuk elakkan main phone, elakkan berborak masa lecturer tengah mengajar. Cuma satu je, den memang takleh mengelak lah tahap mengantuk namatey tu kengkadang wkwkwk. Even mengantuk, tapi aku akan cuba salin apa yang lect ajar, catat apa yang patut biarla tulisan macam !@#$%^&*, takpe dulu asal salin.

2) Buat nota
- Buat nota. Orang selalu kata aku duk study 24 jam. Tak pun weh. Aku buat nota. Sebab aku suka. Aku senang hafal bila aku ingat apa yang aku pernah tulis. Aku bukan jenis bila nak exam baru pulun buat nota. Aku buat nota tiap kali bila habis kelas. Apa yang lect ajar harini, malam or petang tu bila free aku akan buat nota sendiri. Sebab tu aku tak kisah salin buruk buruk bila dalam kelas, at least kita still ingat apa yang kita belajar siang tadi. Senang nak refresh.

3) Jangan meniru
- Aku pernah nak meniru masa part 2 dalam test 3 calculus II (huhu benda keji mestilah ingat). Bawak toyol bubuh formula. Tapi bila aku tengok toyol tu satu apa aku tak faham. Macam Allah tutup fikiran & hati aku. Aku salin formula tapi tak tahu macam mana nak apply. Alih alih tak boleh jawab langsung and failed test tu. 

Tapi aku bersyukur la benda tu buat aku terfikir. Macam mana kalau Allah tak izinkan aku jawab masa final exam nanti? Kalau markah test aku tinggi pun tapi tak dapat berkat macam mana? Kalau masa test, toyol acah acah boleh tolong tapi final exam nanti yang boleh tolong aku masatu Allah je. Takut Allah tak redha. Walaupun aku failed test tu, sampai hari nak keluar result aku tak tenang bak ang. And sejak tu aku berjanji tak mau meniru dah. Biaq pi lah tak hafal ka markah test teruk ka asal aku boleh jawab paper final dengan tenang, asal Allah tolong aku nanti. 

4) Set your own target
- "Winners focus on winning. Losers focus on winners". Pernah dengar kan? Kau tahu keupayaan diri kau sendiri. Tak perlu nak ada rasa dengki dengan orang lain. Rezeki kita semua kan masing masing, lain lain. Kita buat apa yang terbaik untuk diri sendiri je. Bila mendengki dengan orang lain, kau takkan rasa puas & bersyukur dengan apa yang kau dah ada. Tuhan tarik nanti baru tahu. Bagi aku, untuk quiz ke exam ke, aku target untuk dapat 80% dari full mark. Contoh untuk test 40%, aku kena dapatkan 32% haaa gitu. 

5) Surround yourself with positivity
- Kawan dengan orang yang naikkan semangat kita untuk belajar. Kawan dengan orang yang ingatkan kita niat untuk belajar. Baca inspiring stories (aku suka baca blog Fatin Liyana/Hanis Zalikha) or quotes yang akan buat kita rasa semangat.

6) Bahagikan masa elok elok
- Masa untuk belajar, masa untuk kelab persatuan dan masa untuk berhibur dengan melayan movie china hehe. Sebelum pergi meeting, kalau boleh aku akan siapkan dulu nota/latihan, bagi settle semua. And masa untuk belajar, aku tak usik phone selain nak tukar tukar lagu. Aku tutup data supaya takde gangguan. Bila dah penat and nak rehat kejap baru aku bukak instagram. Berapa banyak masa kau yang akan terbuang macam tu je bila kau study sambil main phone, serious talk. Selain tu, jangan tangguh tangguh kerja. Procrastination is a silent killer beb.

6) Buat kerja group
- Mungkin kau ingat ni tak penting. Tapi reward dia waktu result nanti. Kita mudahkan kerja orang lain, kerja kita pun nanti dipermudahkan In Shaa Allah. 

7) Usaha, doa & tawakal
- Doa. "Never underestimate the power of doa". Lagi lagi kalau kau antara insan yang teraniaya masa buat kerja group sengsorang kekeke. Bila dah usaha, kita tawakal. Takyah discuss bila dah habis paper. Buat stress je. 

8) Jaga hubungan dengan Allah, mak abah, pensyarah, kawan kawan & semua orang

Buat yang terbaik adik adikku In Shaa Allah boleh. Remember that success is the best revenge! Penat belajar tu rasa berbaloi untuk diri kita sendiri & parents :D


Thank you Allah 🙌 (sejak bila blog pun ada emoji ni lama nau aku tak bukak blog)

Bye~

Friday, May 20, 2016

Diploma Statistik: Subjek Untuk 5 Sem.

Assalamualaikum.

Setiap kali result UPU keluar, traffic blog aku mesti mencanak naik :') Korang semua mesti dok ushar entry pasal diploma statistik kan. Tapi bengang sebab entry aku tak cukup membantu? Hahahahaha! Ok ok aku akan slow slow cerita pasal dip stat ni tau. Sorry sangat sangat ya to those yang pernah email aku tapi aku tak balas. Kadang kadang lepas baca, takpela balas besokla kata hati kecilku. Besok masuk email lain, pastu lupa nak balas yang semalam punya. Kadang-kadang tak perasan email masuk. 

Untuk entry ni aku cerita pasal subjek untuk diploma statistik ni. Total korang akan belajar 5 sem2 tahun setengah la dah boleh habis In Shaa Allah kalau korang tak extend.

*Korang boleh je google nama subjek subjek yang aku capslock & bold tu, nanti keluar la belajar pasal apa. Kalau tak faham certain words pun google je. 

SEM 1 (7 SUBJEK)

1) ELC120 
- INTEGRATED LANGUAGE SKILLS: LISTENING. Ni subjek English. Masa Part 1 ni mostly pasal listening & banyak belajar basic grammar semua tu. 

2) CTU101 
- FUNDAMENTALS OF ISLAM. Subjek agama. Iolsss tak ingat dah belajar pasal apa hahahaha sebab ustaz dan ustazah silih berganti and end up belajar malam sebelum exam kut? haha!

3) HBU111
- NATIONAL KESATRIA I. Ni macam koku masa sekolah dulu. Masa Part 1 wajib masuk badan beruniform la acah acah. 

4) ACC106
- INTRODUCTION TO FINANCIAL ACCOUNTING AND REPORTING. Jangan la risau kawan kawan, kau akan belajar dari 0. Kau tak pernah belajar account ke dapat A+ ke masa SPM sama je lecturer akan treat kau nanti. Dia akan ajar dari basic sampai la nak balancekan credit & debit. Dia akan anggap korang semua sama je tak pernah belajar pasal account so rileks. (Mengira & menghafal)

5) ECO120
- PRINCIPLES OF ECONOMICS. Banyak teori, macroeconomics & microeconomics. Calculation pun ada sikit sikit. (Mengira & menghafal)

6) STA110
- BASIC STATISTICS. Macam math & add math sekolah dulu. Mode, mean, median dll yang basic haha aku dah tak ingat ada apa lagi. (Mengira & hafal formula)

7) MAT183
- CALCULUS I. Macam add math jugak. Ada differentiation etc. Ni killer subject weh! Please rajinkan diri buat exercise. Tak faham kena banyak bertanya. (Mengira & hafal formula)


SEM 2 (6 SUBJEK)

1) ELC150
- INTEGRATED LANGUAGE SKILLS: READING.  

2) CTU151
ISLAMIC THOUGHT AND CIVILIZATION

3) ??????
- RECREATION I. Tak ingat code hehe. Aku pilih masuk Kesat dulu sebab bila part 2 boleh tukar. Aku masuk rekreasi. Best weh serius tak tipu Sir Ruffian sangat sporting.

4) MAT233
CALCULUS II. Sambungan Calculus I. (Mengira & hafal formula)

5) FIN260
FUNDAMENTALS OF FINANCE. Lebih kurang macam account kut. Tapi sebenarnya lain. Hahahaha google la kalau nak tahu lebih lanjut. (Mengira & menghafal)

6) STA150
PROBABILITY AND STATISTICS. Macam math masa sekolah sikit. Union, intersection, cari probability dia. Ada z-score, normal distribution. (Mengira & hafal formula)


SEM 3 (7 SUBJEK)

1) ELC230
- INTEGRATED LANGUAGE SKILLS: WRITING.

2) CTU211 
- SCIENCE AND TECHNOLOGY IN ISLAM.

3) ??????
RECREATION II. Part 2 & part 3 kena KO yang sama.

4) MAT263
LINEAR ALGEBRA I. Mostly belajar pasal matrix, row and columns, vectors, eigenvalues. (Mengira)

5) QMT341
- INTRODUCTION TO OPERATIONS RESEARCH. Buat decision tree, queuing system, kira total demand total supply. (Mengira & hafal formula)

6) STA210
- STATISTICAL METHODS. Sambungan STA150 tadi. Focus on normal distribution, z-score, confidence intervals. (Mengira & hafal formula)

7) STA322
- TOOLS FOR QUALITY IMPROVEMENTSubjek ni best! Kena score betul-betul kat bahagian graph. Yang lain teori. (Menghafal)


SEM 4 (6 SUBJEK)

1) MAT222
- MATHEMATICAL LOGIC AND PROVING TECHNIQUES. High critical thinking kut? Dia bagi statement then kena prove steps macam mana nak dapat conclusion dia. (Mengira & hafal formula)

2) CSC128
FUNDAMENTALS OF COMPUTER PROBLEM SOLVING. Belajar pasal coding. Tempoh satu sem tu kena belajar betul betul. Dia bagi soalan nanti kena tahu nak apply cara coding mana satu. (Menghafal & skill)

3) ITS232
INTRODUCTION TO DATABASE MANAGEMENT SYSTEMS. Buat database, ERD, SQL. (Menghafal)

4) STA220
- FUNDAMENTALS OF RESEARCH. Main project korang kena buat reseach. Kena buat questionnaires etc. Dari A sampai Z satu sem tu. (Menghafal)

5) STA233
INTRODUCTION TO TIME SERIES FORECASTING. Alaaa forecasting, calculate untuk future, lebih kurang gitu lah haha. (Mengira & menghafal & hafal formula)

6) STA250
FUNDAMENTALS OF REGRESSION ANALYSIS. Sambungan STA210. (Mengira & hafal formula)


SEM 5 (4 SUBJEK)

*will update soon

That's all, thank you! KK wa raklu nak tengok Chong Wei Feng dalam Piala Thomas bye~

P/S: Please refer to other posts first before asking any questions. (<--- sidebar)
P/S/S: Please read other comments too before asking any questions. Penat la dik non nak menjawab soalan sama berulang kali lempang satgi.